ya tuhan
tidak terbendung hujan lebat
kerana langit sedang nangis
kerana langit sedang hampa
dibuai memori sebuah luka
nasihat acun
wahai langit kecil
jangan bersedih
malam indah bakal mampir
untuk kamu bercanda mesra
nasihat acun
wahai langit kecil
tawamu diperlukan segera
bintang dilangit memanggil kamu
untuk bermain bersama mereka
nasihat acun
wahai langit kecil
jangan diingat cerita lama
yang dipendam mahu dibuat apa
nasihat acun
wahai langit kecil
buka lembaran baru
corak ia semahu mu
penuhi ia dengan keceriaan mu
langit kecil mungkin dengar
nasihat acun
sudah kamu diberi masa untuk hilangkan memori luka
bangkit dari jatuh
seperti waktu kamu dulu
berlari ceria mengejar angan
dengar nasihat acun ya..
langit kecil yang hampa
Thursday, July 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment