kurasa gila
kerana kurasa bintang jatuh
ditiup angin dingin sang pencinta
oh perasaan...
kurasa gila
kerana kurasa bintang jatuh
dibaling batu oleh pangeran muda yang keriangan
oh perasaan...
kurasa gila
kerana kurasa bintang jatuh
dikait oleh pendita ilmu yang keresahan
oh perasaan...
kurasa gila
kerana kurasa bintang jatuh
dipanggil oleh si ibu yang merindui anaknya
oh perasaan...
kurasa gila..
kerana kurasa bintang jatuh
diteriak oleh sang arjuna hilang kekasihnya
oh perasaan...
kurasa gila
kerana kurasa bintang jatuh
dibuai mimpi indahku
oh perasaan..
sebenarnya bintang tidak jatuh
hanya aku yang bersenggama bersama angan anganku
kurasa aku tidak gila
hanya mainan minda nakal anak muda
kurasa aku tidak gila
hanya tangisan mendodoi kesedihan
kurasa gembira
gembira sekali..
hanya kerana kurasa kehdapanku bintang itu jatuh